“Versi Bidadari Salju original”- Bercuti bersama, foto2 Sweet Qismina Adam Lee jadi bualan peminat

Sponsored

Kalau sebut nama Sweet Qismina dan Adam Lee, ramai yang mengenali pasangan sama cantik, sama padan ini yang bukan sekadar popular kerana rupa paras mereka malah disebabkan bakat lakonan kedua-duanya yang hebat memainkan watak yang diberi.

Pasangan pelakon popular ini juga jarang terpalit kontroversi meskipun tidak berahsia tentang hubungan cinta mereka terdahulu sebelum pada Oktober lalu Adam Lee dan Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi sah bergelar suami dan isteri.

Sponsored

Pasangan disukai ramai peminat

Malah selepas mendirikan rumah tangga, pasangan ini nampaknya semakin menjadi sorotan ramai apabila kedua-duanya juga sweet antara satu sama lain. Terbaharu, Sweet Qismina di Instagram berkongsikan kegembiraannya yang dapat membuat kejutan buat suaminya itu di Langkawi.

Sponsored

“Surprised my cinta hati, Adam Lee for a sunset cruise in Langkawi. Paling bahagia ye dia lagi lagi bila dapat kayak,” tulis Sweet Qismina diruangan kapsyen. Ujarnya bahawa Adam Lee juga kelihatan paling bahagia dan pelakon jelita ini sempat memuat naik beberapa keping foto ketika mereka bercuti bersama ini.

Perkongsian Sweet Qismina ini juga membuatkan peminat drama lakonan mereka yang pernah menjadi fenomena berjudul Bidadari Salju itu turut menggamit memori.

Sponsored

Peminat doakan Sweet Qismina dan suami

‘Versi Bidadari Salju original’

‘Ahhh really so sweet, Bidadari Salju in real life’

‘Bahagia selalu kalian’