Video Emma Maembong dengan suami & anak curi tumpuan netizen, “Apa pun dia buat family sentiasa no1”

Sponsored

Pelakon popular, Emma Maembong baru-baru ini menerima pujian netizen di media sosial apabila tindakannya yang diam-diam menunaikan umrah bersama suami dan anak lelakinya membuatkan rata-ratanya senang hati dengan sikap rendah hati artis kesayangan ramai ini.

Meskipun tidak menguar-uarkan namun ia dapat ‘dihidu’ oleh peminat sehingga baru-baru ini tular kelibatnya disana bersama suami dan anak.

Sponsored

“Alhamdulillah dah 5 hari Emma di Madina, syukur semua dipermudahkan,” tulisnya di media sosial. Emma Maembong bagaimanapun selepas lima hari akhirnya berkongsikan perkembangan dia dan keluarganya itu di sana dan meluahkan rasa syukur kerana semuanya dipermudah.

Terbaharu video gelagat Emma Maembong bersama suami dan anak lelakinya membuatkan keluarga popular ini sekali lagi mencuri tumpuan ramai di media sosial. Lebih menjadi tumpuan juga sikap Emma Maembong yang apa-apa sahaja dilakukan tentu menjadikan keluarga nombor satu mengundang rasa suka peminat terhadapnya.

Sponsored

“Sweet family,” tulis pemilik akaun tersebut pula yang dalam pada masa sama video Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anak lelaki mereka yang diberi nama Shariq Gabriel turut membuatkan ramai tertarik dengan kecomelan mereka.

‘Suka tengok Emma. Apa pun yang dia buat family sentiasa no.1’

Sponsored

‘Sweet, walaupun Emma dukung anak, husband support anak pakai tangan dia’

‘Alhamdulillah. Moga dipermudahkan dan dilindungi Allah’

‘Bangga tengok dia, tak riak, simple je pergi sana’