Video Hawa Rizwana berlakon dengan Zizan Razak, “Muka sama laa”

Sponsored

Sejak kelmarin, pelakon Zizan Razak dan pengacara jelita Hawa Rizwana menjadi bualan ramai selepas muatnaik mereka di Instagram yang sempat membuatkan pelbagai spekulasi timbul tentang hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, Zizan Razak telah menerangkan bahawa mereka mempunyai kerjasama yang akan ditayangkan nanti dan ia merupakan lakonan pertama bagi Hawa Rizwana.

Sponsored

Zizan Razak dan Hawa Rizwana berlakon bersama

Nampaknya kali ini projek pelakon popular itu selepas ini adalah bersama Hawa Rizwana. Pengacara MeleTOP itu ternyata semakin mendapat perhatian dalam dunia hiburan tanah air dan mempunyai ramai peminat.

Sponsored

Satu perkongsian video oleh Hawa Rizwana ini juga membuatkan dia dan Zizan Razak sekali lagi menjadi bualan peminat dan netizen. Kelihatan Hawa Rizwana dan Zizan Razak sedang berlakon bersama dan dalam pada itu, sempat juga Hawa Rizwana dilihat tercuit hati dengan Zizan Razak.

@hawarizwanaredz

Shooting with him be like 😂😭😂🤜🏻 #zizan

♬ Chentaku – Zizan Razak & SonaOne

Hantaran Hawa Rizwana itu dalam pada masa yang sama membuatkan segelintir netizen juga mengatakan wajah mereka seiras sehingga sempat diusik ramai.

Sponsored

‘Sama muka Zizan dengan Hawa ni. Jodoh kuat ni

‘Muka sama laa’

‘Macam adik beradik lah muka sama’

Dalam pada itu, melihatkan gelagat Hawa Rizwana yang tidak dapat menahan ketawa apabila berlakon dengan pelawak terkenal tersebut membuatkan peminat teringat sesiapa sahaja yang pernah berlakon dengannya tentu tidak boleh menahan gelak.

‘Sapa-sapa yang berlakon dengan Zizan ni, pasti gerenti tak boleh tahan gelak, gelak sampai guling-guling…’

‘Rasa bahagia lihat Zizan dan Hawa ni’