Video Lakonan Ummi Nazeera ‘Dibelasah’ Raih Perhatian, “Betul2 Seram Pulak Tengok Dan Bikin Panas!”

Sponsored

Pelakon wanita yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Ummi Nazeera ini sememangnya seorang anak seni cukup berbakat besar. Lakonan Ummi Nazeera kebiasaannya sarat dengan emosi dan membuatkan yang menonton turut terusik perasaan.

Selepas Rindu Kasih, Risik Pada Hati dan banyak lagi judul lain yang berjaya mengangkat namanya, Ummi Nazeera berkongsikan satu lagi naskah yang bakal bersiaran di TV3 bermula 28 Mac ini.

Sponsored

Judul drama tersebut adalah Sekali Aku Bahagia. Ummi Nazeera berkongsikan teaser satu babak yang ada dalam judul tersebut. Menerusi perkongsian tersebut dipaparkan Ummi Nazeera ditampar dan menjerit kesakitan oleh seorang lelaki.

Berikut adalah perkongsian video Ummi Nazeera ‘dibelasah’ yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Uish nampak macam padu drama ini biarpun perkongsian hanya sebabak tersebut! Melihatkan senarai pelakon pun semua dah otai-otai. Ada Nabila Huda, Keith Foo dan Azhan Rani.

“Tolong lah jangan buat macam ini dekat penyondol! Extreme sangat ni” tulisnya di perkongsian video Ummi Nazeera ‘dibelasah’ ini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi tidak sabar untuk menyaksikan drama ini. Malah ada juga yang pelik mengapa drama sebagus ini tidak ditayangkan slot jam 7 malam. Berikut antara reaksi ramai tersebut:

“Mantap lakonan Umi dan Azhan Rani..Betul2 seram pulak tengok dan bikin panas”

“Done call polis u sabajap Rania. p/s moga tak kurang la pahala puasa kita ye kawan2 tengok cerita ni”

“Citer dan pelakon gred A macam ni sepatutnya isi slot jam 7 malam. Bukan telor untuk firdaus tu”

“Jika Ummi Nazeera berlakon memang tak nak terlepas nonton..Ia berkualiti…”