Video Lama Diana Danielle Puji Farid Kamil Kembali Tular, “Sebab Mulut Manis…”

Sponsored

Kemelut rumah tangga pelakon dan pengarah, Farid Kamil dengan Diana Danielle telah mengejutkan ramai. Siapa sangka beberapa hari lalu tiba-tiba heboh di sosial media apabila dilaporkan Diana Danielle failkan penceraian di Mahkamah Syariah terhadap suaminya itu.

Malah pasangan ini yang sudah berkahwin selama 11 tahun juga turut dikurniakan dua cahaya mata dan bulan lalu Diana Danielle dan Farid Kamil mengerjakan Umrah bersama dengan anak-anak mereka.

Sponsored
Diana Danielle bersama anak-anaknya

Bagaimanapun, baru-baru ini video lama Diana Danielle puji Farid Kamil kembali tular di aplikasi TikTok selepas seorang penggunanya memuat naik semula. Dalam rakaman itu dipaparkan Diana Danielle sedang menjadi juri bagi sebuah rancangan realiti TV.

Kedengaran Diana Danielle memuji suaminya, Farid Kamil yang dikatakan pencinta wanita. Itu menjadi antara sebab mengapa perkahwinannya pada waktu itu cecah hampir 10 tahun.

Sponsored

“Korang tau tak kenapa perkahwinan saya hampir 10 tahun? Sebab dia macam Shashic. Dia pencinta wanita”, kata Diana Danielle.

Berikut adalah perkongsian video lama Diana Danielle puji Farid Kamil tersebut:

Sponsored
@fibuuuu

Teringat kata kata dd dulu. Harap ada lagi sinar dalam rumahtangga beliau. Aamiin. #faridkamil #dianadanielle #foryoupage #lovebirds

♬ original sound – Fibuuuu – Fibuuuu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka mengenai video tersebut seperti berikut:

“Pengajarannya, bila bercakap jangan meninggi diri”

“Sebab dia mulut manis sebab tu dia datang bawak bunga cincin kat mahkamah”

“Keputusan untuk berpisah bukan senang. Pecah otak mikir. Jika teruskan makan hati. Jika berpisah hati tenang…Tapi hati anak2, emosi, kehidupan anak2 auto berubah”

“Kerana suami dia pencinta wanita tu yang dia mohon cerai”

Pada Rabu Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam bagi proses lantikan Wakil Jawatankuasa (JKP) bagi menyelesaikan isu yang timbul dalam rumah tangga mereka.

Dilihat pelakon lelaki ini membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin dikatakan untuk memujuk Diana Danielle. Namun hadiah tersebut tidak diterima Diana Danielle dan aktres ini dilaporkan tetap dengan pendiriannya untuk bercerai.

SumberTikTok