Video Sebalik Tabir ‘Shooting’ Dengan Anak, Gelagat Puteri Sarah Sempat Menangis Dalam Diam Bikin Sayu

Sponsored

Baru-baru ini, Puteri Sarah ada memuat naik video di Instagram bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Perkongsian video itu juga meraih perhatian ramai apabila ketiga beranak itu mempromosikan produk kambing perap dan berlakon bersama-sama.

Selain daripada gelagat mesra mereka ini, netizen turut tersentuh hati melihat Syaikhul yang mencium tangan ibunya semasa Puteri Sarah cuba memberikan ‘high five’ padanya. Gelagat Syaikhul ini telah membuatkan ramai sebak terutamanya dengan kemelut rumah tangga yang sedang berlaku antara kedua ibu bapanya itu.

Sponsored

Terbaru, salah seorang krew yang mengikuti sesi penggambaran itu memuat naik video di sebalik tabir yang berlaku. Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Syaikhul yang sempat menonton semula lakonan mereka di monitor kamera manakala ibunya berada tidak jauh dari situ.

@myadahari

Replying to @Norehan Yusoff358 dah macam Tuan Director hehehe

♬ Buah Hati – Armada

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah Puteri Sarah dilihat seperti sedang menangis dan sekali-sekala mengelap air matanya. Walaupun tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terhalang dengan kamera, ramai yang berpendapat wanita itu sedang menangis ditambah pula dengan keadaan hidungnya yang merah itu.

Sponsored

Netizen sebak

Perkongsian video itu turut membuatkan ramai sebak melihat gelagat Puteri Sarah yang kekal kuat dengan dugaan yang menimpa rumah tangganya ini. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan wanita itu terus diberikan kekuatan untuk menjaga kedua-dua anaknya yang sedang membesar ini.

“Sarah menangis ke tu, allahu jangan bersedih Sarah. Allah akan hilangkan kesedihan dengan kegembiraan bersama anak-anak.”

Sponsored

“Nampak macam Sarah lap air mata. Alahai sedihnya.”

“Puteri Sarah kat belakang kamera tengah nangis weh.”

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof pada Isnin lalu. Tarikh sebutan pertama kes itu adalah pada 7 Mac yang akan datang di mana tarikh itu merupakan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan iaitu pada 8 Mac 2014.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok