Video Watie Menyanyi Tular, Netizen Kata Terlalu ‘Try Hard’ Nak Tiru Suara Siti Sarah

Sponsored

Baru-baru ini, wanita yang kini rapat dengan pelawak Shuib iaitu Watie ada memuat naik video dia menyanyi di akaun Instagram miliknya. Di dalam video tersebut, Watie menyanyikan lagu Indonesia berjudul Rapuh dengan penuh emosi.

Sebaik sahaja video tersebut dimuat naik, pelbagai reaksi yang diberikan di ruangan komen melihatkan nyanyian dari wanita itu. Namun kebanyakan netizen mendakwa Watie seolah-olah sengaja meniru suara Allahyarham Siti Sarah yang merupakan isteri kepada Shuib.

Sponsored

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menganggap Watie mempunyai suara yang seakan sama dengan penyanyi hebat itu. Susulan video yang dikongsikan ini, netizen kembali mengimbau semula ciri-ciri wanita idaman yang pernah dikongsikan oleh Shuib sebelum ini.

Video yang tular

Menurut netizen, Shuib pernah memberitahu tentang ciri-ciri wanita idamannya adalah seorang wanita yang pandai menyanyi namun tidak berasal dari industri seni. Walaupun video nyanyian Watie itu menerima pujian dari netizen, tetapi ruangan komen video tersebut turut dihujani dengan kecaman dan kritikan dari warganet.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, netizen meminta wanita itu untuk berhenti meniru suara Siti Sarah dan tidak mengikut gaya nyanyian penyanyi itu. Malah ada juga yang mendakwa Watie terlalu ‘try hard’ untuk nampak sama dengan sebutan yang kurang jelas dibuatnya ini.

“Kenapa mesti nyanyi nak macam arwah siti sarah? Jadi diri sendiri je lah bila menyanyi, yang lepas biar lah lepas. Nanti buat orang tu lagi rindu kat arwah bini dia.”

Sponsored

“Gigih nak tiru suara arwah, janji bahagia.”

Sekadar info, Watie mula dikaitkan dengan Shuib gara-gara persamaan beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram antaranya gambar konsert yang dihadiri mereka. Walaupun menerima tentangan netizen terhadap hubungannya ini, Shuib meminta orang ramai untuk tidak mempertikaikan pilihan hatinya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram