Viral Kedai Dobi Gunakan Tong Gas Untuk Keringkan Baju, Netizen Nasihat Orang Ramai Supaya Hati-Hati

Sponsored

Tular satu hantaran di Twitter apabila seorang individu mendedahkan modus operandi sebuah kedai dobi yang menggunakan gas asli dapur memasak untuk tujuan pengeringan baju.

Video yang dikongsikan di Twitter itu memaparkan keadaan di sebuah dobi layan diri di mana kelihatan beberapa tong gas digunakan di sebalik pengering baju. Menurut individu berkenaan, ada segelintir pengusaha dobi mengambil alternatif yang lebih murah dengan menggunakan tong gas memasak.

Sponsored

Dalam masa yang sama, individu itu turut berkongsikan beberapa kecelakaan yang menimpa pelanggan dobi akibat dari letupan tong gas yang berlaku di pusat dobi. Perkongsian tersebut turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana ada yang baru pertama kali tahu mengenainya.

Komen netizen

Walaupun bukan semua pengusaha dobi menggunakan alternatif yang sama, individu tersebut turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati semasa berada di kedai dobi layan diri. Tambahnya, lebih elok sekiranya pelanggan menunggu di tempat yang selamat dan tidak duduk di hadapan mesin pengering.

Sponsored

Para ibu bapa juga tidak digalakkan untuk membawa anak kecil menunggu di dalam dobi kerana ia boleh membahayakan mereka sekiranya letupan gas berlaku secara tiba-tiba. Lagi-lagi anak kecil juga sering bermain dan berkeliaran di dalam kawasan dobi semasa ibu bapa menunggu baju siap dikeringkan.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ada juga yang berkongsikan pengalaman melihat sendiri api yang marak semasa mengeringkan baju di kedai dobi. Susulan isu yang hangat dikatakan ini, netizen turut menggesa pihak berkuasa untuk memantau pengusaha dobi yang tidak mematuhi peraturan sebelum ada kecelakaan yang berlaku.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter