Wanita Arab Minta Sedekah Kantoi Dijemput Ferrari Waktu Malam, Rupanya Ramai Yang Dah Terkena, “Dah Banyak Kali Jumpa…”

Sponsored

Rakyat Malaysia sememangnya sangat pemurah untuk memberi sedekah namun tak dinafikan, ada segelintir pihak yang akan mengambil kesempatan. Sama seperti perkongsian yang dimuat naik ini apabila seorang lelaki mendedahkan tentang kisah wanita Arab yang dipercayai adalah sindiket.

Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut memberitahu dia berada di kawasan Bukit Bintang baru-baru ini untuk mencuba ‘shawarma’ viral dijual di situ. Tidak lama kemudian, dia didatangi seorang wanita Arab yang mengadu kelaparan.

Sponsored

Tidak sampai hati melihatnya, lelaki itu kemudian turut membelikan makanan untuk wanita tersebut namun dia kemudiannya meminta wang pula dari pemuda itu. Oleh kerana kasihan dengan wanita itu, dia menghulurkan sedikit wang untuknya.

@hazimnazril

So cerita dia macam ni, petang tadi aku pergi makan shawarma dekat yang sebelah mcd ni. And then tiba tiba datang perempuan arab ni minta sedekah. Dia kata dia lapar. Aku pun offer la nak belanja dia shawarma. Dia pun okay. Lepas tu, tiba tiba dah belanja shawarma dia mintak duit pulak. Aku pun dengan rasa kesian bagi la duit sikit. And then, macam yang korang boleh tengok dalam video ni. Pekerja shawarma ni , datang kat aku bagitahu yang sebenarnya perempuan arab ni malam malam ada kereta ferrari pickup dia kat situ. So senang cerita perempuan arab ni, dia ada syndicate beggars. So hati hati guys ! #awareness #syndicate

♬ original sound – Ajim – Ajim
Rupanya sindiket peminta sedekah

Kejadian yang berlaku ini kemudian mendapat perhatian salah seorang pekerja ‘shawarma’ yang berada di situ. Pekerja itu menghampiri lelaki tersebut dan mendedahkan wanita itu sebenarnya merupakan salah seorang sindiket peminta sedekah yang berleluasa di situ.

Sponsored

Tambahnya lagi, wanita itu sering dijemput oleh seorang pemandu yang membawa kereta Ferrari pada setiap malam. Dalam masa yang sama, pekerja itu turut dilihat bercakap sesuatu dengan wanita itu sebelum dia berlalu pergi.

Ramai yang dah terkena

Meninjau di ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang pernah terkena dan menjadi mangsa penipuan wanita tersebut. Difahamkan, wanita itu sering berada di kawasan Bukit Bintang itu untuk meminta sedekah dari orang ramai.

Sponsored

Malah ada yang memberitahu, mereka pernah dimarahi dan dimaki oleh wanita itu gara-gara tidak mahu memberikan duit. Susulan kejadian yang sering berlaku ini, orang ramai turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap sindiket itu yang semakin menjadi-jadi sekarang ini.

“Dah banyak kali jumpa dia ni area sana.”

“Apa-apa pun abang shawarma tu memang baik sebab dia tolong bagitau, kalau tak memang kesudah ramai yang kena tipu.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.