Lambakan kedai serbaneka bukan lagi sesuatu yang asing dan sekarang ini semakin banyak kedai serbaneka dari Korea ataupun Jepun yang dibuka di Malaysia. Antara yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah Family Mart yang dibawa dari negara matahari terbit itu.
Family Mart adalah rangkaian francais kedai serbaneka Jepun yang berpangkalan di Toshima, Tokyo. Selain 7-Eleven, Family Mart merupakan rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun.
Sewaktu pembukaan awal Family Mart di Malaysia, menu yang menjadi rebutan ramai ialah aiskrim lembut berperisa Matcha asli dan juga Oden yang dihidangkan bersama kuah tomyam mengikut citarasa tempatan.
Reaksi wanita Jepun dengan menu di Malaysia
Baru-baru ini, tular di platform Tik Tok apabila seorang wanita Jepun meluahkan rasa pelik melihat menu makanan yang dijual di Family Mart Malaysia. Menurutnya, menu yang dijual di sini berbeza dari apa yang dipasarkan di Jepun.
Tambahnya, ini merupakan kali pertama dia melihat makanan Jepun yang dicampurkan dengan bahan-bahan pedas seperti kuah tomyam yang digunakan pada kuah Oden. Malah menurutnya, orang Jepun tidak makan pedas jadi menu tersebut tidak wujud di sana.
“Crawfish? Saya tidak tahu. Sekali lagi saya tegaskan Jepun tidak makan Crawfish, jadi saya sangat tertanya-tanya bagaimanakah rasa Crawfish Onigiri tersebut.”
Dalam masa yang sama, wanita itu yang merupakan wakil Google New York memberitahu kuah Oden di Jepun biasanya hanyalah fishcake yang direbus tanpa perasa. Oleh itu, dia berasa kagum melihat inovasi di Malaysia yang mencampurkan tomyam di dalam kuah tersebut.
“Family Mart ikut citarasa Malaysia. Patut ajak dia makan and rasa.”
“Sebab kena adapt dengan Malaysian taste kot macam menu nasi lemak dekat mcd.”
“Nasib baik dia tak gi kedai takoyaki, cik nak takoyaki sotong ke ayam.”
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana rata-ratanya cukup terhibur melihat ‘review’ jujur dari wanita Jepun ini. Malah ada juga yang berseloroh mengajak wanita itu untuk mencuba makanan Jepun lain yang ada dijual di Malaysia.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.