Wartawan Beri Laporan Atas ‘Gojek’ Curi Perhatian, “Power La Kak Kreatif”

Sponsored

Bergelar seorang wartawan diakui bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Lebih-lebih lagi yang bekerja di lapangan dan perlu memberikan laporan yang sahih dan tepat kepada umum.

Cabarannya hanya yang pernah bekerja sebagai wartawan sahaja tahu bagaimana dan apa yang perlu dihadapi mereka. Baru-baru ini satu perkongsian video yang memaparkan seorang wartawan beri laporan atas ‘gojek’ telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Wartawan RTM tersebut membuat ‘stand upper’ ketika menunggang motosikal yang sedang bergerak sememangnya lain dari yang lain. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun melissajoykedayan:

Di ruangan kapsyen, pengguna TikTok ini memuji wartawan tersebut dengan menulis seperti berikut:

Sponsored

“Hebatnya wartawan RTM ni, buat standupper atas Gojek”

Difahamkan wartawan beri laporan atas gojek ini sedang berada di Jakarta, Indonesia. Gaya wanita ini cukup selamba biarpun sedang membonceng motosikal membuatkan warganet turut memujinya.

Sponsored

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan kesungguhan wartawan perempua ini dan meninggalkan reaksi mereka itu seperti berikut:

“Tudung senget pun senget la..Janji kerja mantap. Hahah terbaik ni. Kena bagi anugerah. Dia penyampai dia edit semua dia hahaha good”

“Asyik kena perli je mana RTM..Ambek..Sampai Indo kejo PMX. Siap naik gojek hahaha”

“Part lastu tu siap tutup visor beb”

“Power akak RTM ni sarung helmet pembonceng gojek. Yang naik gojek je tau hahaha salute”