“Wow biar betul”- Netizen tak percaya lepas dengar suara ‘sedap’ Sharif Zero nyanyi lagu Bollywood

Sponsored

Jika anda scroll laman popular ini, tentu anda pernah melihat video Sharif Zero yang kini bukanlah sekadar pelawak popular dalam dunia hiburan malah dia juga sekarang digelar sebagai TikToker terkenal.

Mana tidaknya, Sharif yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Zero berjaya menghiburkan warganet di platform tersebut sehingga mempunyai ramai peminat.

Sponsored

Jadi TikToker terkenal

Sharif nampaknya menggunakan platform tersebut bagi menghiburkan peminat dan warganet dengan caranya tersendiri apabila bakat dia sebagai pelawak sudah dikenali ramai namun tidak bakat nyanyiannya. Walau bagaimanapun, suara Sharif begitu hangat diperkatakan ramai.

Sponsored

Malah bakat dia yang mempunyai suara yang sedap atau merdu membuatkan setiap muatnaik yang ada dirinya tentu menjadi perhatian ramai dan menerima ribuan tanda suka. Beberapa hari lalu juga, Sharif di akaun miliknya berkongsikan dia menyanyikan lagu Bollywood.

Hantaran video tersebut ternyata membuatkan ramai menghujani ruangan komen dengan pelbagai pujian terhadap suaranya meskipun dia dan gelagat lucu tidak dapat dipisahkan.

Sponsored

Ada yang tak percaya suara Sharif

‘Kenapa tak nak masuk All Together Malaysia, suara power tu’

‘Akhirnya sedap jugak, awal-awal nyanyi ari tu tersembur air aku tengah minum air’

‘Haha belum start nyanyi lagi saya dah gelak btw bestnya suara’

Sharif

‘Sedap kalau nyanyi lagu Bollywood. Kalau lagu calm down tu, dengan aku sekali berdebar’

Sharif