“Yang perlu digerun Allah bukan dia”- Puteri Sarah

Sponsored

Baru-baru ini, isu membabitkan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah terkenal Syamsul Yusof semakin mendapat perhatian apatah lagi, akhirnya pengarah tersebut bersuara dan telah membuat sidang media bagi bersuara mengenai beberapa isu yang menjadi persoalan sebelum ini.

Namun begitu, Puteri Sarah Liyana kekal tenang memuat naik perkembangan kerjayanya di ruangan Instagram dan salah satu muatnaik dia di platform tersebut bagaimanapun menarik tumpuannya untuk meninggalkan komen selepas seorang individu merasa risau tentangnya.

Sponsored

Ujar seorang individu yang meninggalkan komen kepada Puteri Sarah dia merasa gerun dengan kenyataan dikeluarkan dan merasa takut jika dia tidak kuat namun dia berharap bulan Ramadan kali ini paling bermakna kepadanya sekeluarga.

“Selamat berpuasa jugak. Sejujurnya saya gerun bila Shark dah buat serangan balas. Takut akak tak kuat. Semoga bulan Ramadan ini paling bermakna buat akak sekeluarga.”

Sponsored

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah diruangan komen menerusi hantaran tersebut tertarik untuk membalas komen itu selepas merasa takut sekiranya dia tidak kuat namun ujar Puteri Sarah, dia tidak perlu gerun.

“Yang perlu digerun Allah bukan dia”

Sponsored

Dalam pada itu, orang ramai mendoakan agar pelakon yang mempunyai dua cahaya mata ini terus kuat. Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikul dan Summayah.