Terbaru, anak dari aktor terkenal, Vanidah Imran, Maryam Rashika mengkonsikan sebuah video di Tik Tok yang menunjukkan ibunya sedang melakukan trend yang sedang tular iaitu ‘Turning My Mom Into Me’.
Video tersebut menunjukkan tingkah laku Vanidah yang bersahaja mengenakan gaya yang sering dipakai oleh anaknya.
“My mom demanded two outfits so two outfits it is. #Turningmymomintome #Coolmom ,” tulisnya.
Video tersebut jelas telah menarik perhatian banyak pihak. Bahkan, mereka juga menyifatkan Maryam sebagai beruntung karena memiliki ibu yang cantik seperti Vanidah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut menyifatkan Vanidah sebagai seornang ibu yang sangat sporting.
“Your mom is Vanidah Imran. That’s a flex.
“Vanidah Imran always amaze me with jer looks. She still look young.
“Never tua eh your mom. So cantik.
“This is actually her younger self queen.
“Daripada dulu lagi your mom cantik betul. Pernah jumpa depan-depan kecil molek je,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Maryam Rashika merupakan salah seorang daripada dua orang cahaya mata Vanidah hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon, Rashidi Ishak sebelum bercerai pada Ogos 2018. Seorang lagi anaknya ialah Mikail Aimran. Vanida kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.