Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka Dan Bibir Atas Faktor Usia, “Bila Ada Peluang, Apa Salahnya…”

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Zara Zya telah ditegur oleh netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan berbeza daripada dahulu. Malah ada juga yang menuduh pelakon itu melakukan pembedahan kosmetik untuk memberikan kelainan pada wajahnya.

Susulan dakwaan tersebut, Zara Zya mengaku dia ada mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya atas faktor usia dan perubahan hormon. Pelakon berusia 38 tahun itu memberitahu dia turut mendapat tajaan daripada beberapa klinik estetik untuk melakukan suntikan bagi mencantikkan wajahnya.

Sponsored

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun, saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit.”

Tambah Zara lagi, ia bukanlah suntikan melampau sebaliknya dia hanya mengambil suntikan vitamin sahaja untuk menjadikan wajahnya nampak lebih segar. Suntikan vitamin yang diambil itu juga membantu untuk menghilangkan cela pada wajahnya.

Sponsored

Jelas pelakon itu, dia menganggap tindakannya itu tidak menjadi satu kesalahan memandangkan dia sudah mempunyai klinik estetik yang sesuai untuk melakukannya. Malah dia turut mengakui melakukan suntikan pada bibir bagi memberikan kesan tegang dan mengurangkan warna gelap.

“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah. Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan.”

Sponsored

Tidak kisah dengan komen negatif

Dalam masa yang sama, Zara Zya memberitahu dia tidak kisah dengan komen negatif dari netizen kerana sudah menjadi tugasnya untuk menjaga penampilannya sebagai seorang pelakon. Jelasnya, setiap orang pasti mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza termasuklah dirinya sendiri.

Pelakon itu turut menegaskan dia tidak kisah sekiranya orang ramai menegur dan mengkritik perubahan pada wajahnya kini kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuknya. Difahamkan, pelakon itu menjawab mengenai isu tersebut semasa ditemu bual oleh program Melodi baru-baru ini.

@melodiberapi

Sebagai selebriti of course kena jaga dari head to toe, salah satu rutin untuk selebriti la – Zara Zya #meloditv3 #zarazya #kontroversi #fypシ #ceritaartismalaysia

♬ original sound – Melodi – Melodi

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.