Sejak akhir-akhir ini kisah mengenai wanita rebut cinta suami orang, lelaki berkahwin dengan isteri kedua, dan pelbagai kisah rumahtangga menjadi perhatian ramai. Apatah lagi bila ia melibatkan rumahtangga selebriti terkenal tanah air.
Bercerita mengenai poligami, ada pasangan yang mampu hidup bermadu dengan aman damai dan begitu juga sebaliknya. Sudah tentu di sebalik keharmonian ada perasaan yang terguris namun kembali diubati dengan cara tersendiri.
Bagaimanapun di sebalik kekecohan mengenai poligami ini, seorang pelakon senior dikenali dengan nama Zarina Zainuddin menceritakan tentang menjadi isteri kedua dan perasaannya.
Untuk info, sehingga kini Zarina Zainuddin masih lagi memiliki madu iaitu isteri pertama dan hubungan mereka sangat baik. Dalam perkongsian tersebut, Zarina memberitahu dari awal bagaimana dia sendiri meminta izin pada isteri pertama untuk berkahwin dengan suaminya kini.
“Biar saya sendiri minta izin pada isteri abang, kalau dia izinkan saya kahwin. Kalau tak saya tak kahwin”, kata Zarina Zainuddin cerita kisah hidup poligaminya.
Malah dia turut akui suaminya sangat gentleman kerana membawa isterinya bertemu dengan Zarina untuk meminta izin berkahwin.
Malah menurut Zarina Zainuddin cerita kisah hidup poligaminya, pada awal perkahwinan dia kena bersabar. Ada ketikanya memang dia akui makan hati jadi nombor dua kerana suaminya sering pulang ke rumah isteri pertama dengan tujuan memujuk yang belah sana sedang bersedih.
Perkongsian rakaman temubual dan disiarkan menerusi akaun TikTok Sinar Harian ini telah meraih perhatian warganet. Sehingga kini lebih ratusan ribu sudah menyaksikannya.