Azhar Sulaiman Dedah Anak Pernah Ditampar Cikgu Tapi Pilih Untuk Lupakan, Netizen Pula Tak Setuju!

Sponsored

Sebelum ini, kecoh apabila tular video seorang jurulatih yang bertindak menampar dua atlet perempuan berusia 14 tahun di dalam sebuah kejohanan. Video yang tular itu telah mencetuskan kemarahan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan jurulatih terbabit terhadap atlet dibawahnya.

Terpanggil dengan isu yang berlaku ini, pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia juga pernah melalui pengalaman yang sama. Menurutnya, sebelum ini anak lelakinya iaitu Andika Rees Pahamin pernah ditampar oleh gurunya di mana dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bersemuka dengan guru terbabit.

Sponsored

“My son, Rees pernah kena lempang dengan cikgu dia. Selepas sebulan Mami jumpa cikgu tu and salam and said to him kita lupakan sahaja cikgu kisah lama tu. Let’s move on.”

Oleh kerana tidak mahu memanjangkan cerita, dia memilih untuk memaafkan sahaja guru terbabit dan melupakan sahaja insiden yang berlaku. Dalam masa yang sama, Azhar memberitahu dia tidak dapat membayangkan sekiranya anak lelakinya yang merupakan atlet sukan hoki ais ditampar secara terbuka di gelanggang.

Sponsored

“Kalau sebagai pemain hoki ais kebangsaan dia kena lempang secara terbuka di gelanggang, saya tak tahulah apa akan jadi. Pemain kan jenis lasak dan tahan tempuh. Alhamdulillah pasukan dan jurulatih amat menyayanginya.”

Netizen tak setuju

Perkongsian itu walau bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju dengan reaksi pelakon itu. Menurut netizen, pendidik tidak sepatutnya bertindak kasar dengan menampar anak murid walaupun sebagai pengajaran.

Sponsored

“Tapi dalam Islam memang tak bagus lempang kat muka. Parents pun tak boleh lempang muka anak.”

“Dia kalau kat sekolah ok lagi tapi jadi masalah tak kena tempat itu waktu sukan, memang tak sama…”

Terdahulu, seorang jurulatih bola tampar telah digantung tugas selepas menampar dua atlet perempuan semasa Kejohanan Remaja Bawah 14 Tahun. Namun bapa kepada murid terbabit menganggap tindakan jurulatih itu sebagai perkara biasa dalam latihan dan anaknya juga tidak ada mengalami kecederaan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.