Atlet Badminton Beregu Wanita Menang Gangsa Di Piala Sudirman 2021

Sponsored

Piala Sudirman 2021 yang diadakan 2 tahun sekali telah melabuhkan tirai semalam dengan piala dibawa pulang oleh juara 8 kali berturut-turut iaitu China, setelah mengalahkan Jepun 3-1, sementara Malaysia dan Korea berkongsi gangsa.

Tetapi rata-rata netizen Malaysia masih belum dapat move on dari perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia dalam Quarter Final dua hari lepas setelah menyaksikan persembahan hebat dari atlet-atlet muda kita.

Sponsored

Selain Lee Zii Jia yang berjaya menewaskan Anthony Sinisuka Ginting dalam pertembungan kedua mereka, kemuncak perlawanan suku akhir itu adalah persembahan daripada atlet beregu wanita, Pearly Tan dan M. Thinaah.

“Semangat lain macamm…”

Kedua-dua atlet muda tersebut bukan sahaja mengkagumkan penonton dengan persembahan mereka yang bersemangat menentang pemenang pingat emas Olimpik, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu, malah turut membuat kedua-dua atlet dari Indonesia tersebut mengakui kehebatan mereka.

Sponsored

“match ni memang on fire…”

Dalam perlawanan tersebut, apa yang membuat penonton serta pengulas sendiri terpegun adalah semangat juang Pearly dan Thinaah yang tidak pernah luntur walaupun Indonesia telah mencapai mata penentuan, apabila mereka sering berjaya mengejar mata pemain Indonesia walaupun beza yang begitu jauh.

“Kalah yang bermaruah…”

Selain itu gaya permainan kedua gadis muda ini juga disifatkan sebagai bertaraf dunia dan lebih agresif, malah penonton dan pengulas terkejut melihat mereka tidak takut untuk menjunam ke lantai untuk mengejar bulu tangkis.

Sponsored

“pemain badminton wanita terkuat Malaysia…”

Pearly dan Thinaah mula mengorak langkah dalam pertandingan peringkat dunia di Kejohanan Yonex Thailand Open awal tahun ini apabila mereka pertama kali bertembung dengan Greysia dan Apriyani.

Skuad muda badminton Malaysia bakal meneruskan perjalanan mereka di Piala Thomas dan Uber yang bakal bermula minggu depan.