“Jangan Nampak Mak Cik-Mak Cik Sangat Nyanyi..”, Ajai Beri Komen Pedas Tapi Ramai Yang Setuju!

Sponsored

Satu lagi rancangan hiburan yang baru sahaja memulakan episod pertama malam tadi, Famili Duo menjadi buah mulut ramai. Rancangan realiti TV ini disiarkan di TV3 dan konsepnya adalah para peserta perlu terdiri dari keluarga tidak kira adik-beradik atau pun sepupu.

Musim kali ini barisan pesertanya boleh tahan hebat-hebat belaka. Antaranya Bella Astillah dan Wanie Kayrie, Naim Daniel dan Sissy Iman serta ramai lagi pasangan lain.

Sponsored

Minggu pertama sahaja ada peserta yang menerima komen ‘pedas’ dari juri. Peserta tersebut adalah pasangan #sitisisters iaitu Saidah dan Sairah.

Buat yang terlepas berikut adalah rakaman pendek ketika siaran langsung disiarkan di televisyen:

Sponsored
@tv3malaysia

Awas eh Abang @byajai jangan kacau #SitiSisters ! 😉😝🤭 Tak baik cakap diorang macam Makcik-makcik ! @sitinursairahtarudin @sitinorsaidatarudin Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #tv3malaysia

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Komen ‘pedas’ juri ini telah membuatkan bukan sahaja penonton malah pengacara rancangan ini turut menegur. Namun begitu, Ajai sendiri menyelamatkan keadaan yang mana dia menjelaskan maksud pasangan perserta nampak mak cik-mak cik sangat nyanyi yang dikatakannya.

“Nampak mak cik-mak cik sangat nyanyi atas pentas tu..Tapi jangan ambil benda tu negatif faham tak. Sebab ini pertandingan…” jelas Ajai.

Sponsored

Ini pula adalah ringkasan persembahan Saidah dan Saerah yang dikongsikan menerusi akaun Instagram TV3 baru-baru ini:

Bagaimanapun di ruangan komen, ada juga netizen yang bersetuju dengan komen Ajai pada peserta ini. Berikut antara yang ditinggalkan tersebut:

“Buat pertama kali aku setuju dengan komen Ajai”

“Ada point jugak Ajai cakap tu”

“Setuju dengan kata2 abang Ajai”