“Patutlah dia menang”- Belanja team ‘besar’ AJL37 sebelum menang, Alif Satar dipuji netizen!

Sponsored

Kemenangan penyanyi, Alif Satar bersama kumpulannya The Locos (ASTS) di Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) sebenarnya turut mengejutkan Alif Satar sendiri apabila rakaman video dia terkejut selepas diumumkan sebagai pemenang tular.

Alif Satar dan kumpulan The Locos (ASTS) menyanyikan lagu berjudul Anugerah Terindah dan telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga AJL37 sekali gus membawa pulang trofi berserta wang tunai berjumlah RM30,000.

Sponsored

Namun begitu, satu perkongsian mengenai penyanyi ini nampaknya membuatkan ramai menghujani komen memberikan pujian terhadap sikap Alif Satar yang sebelum memenangi anugerah tersebut sempat belanja team Anugerah Juara Lagu yang ke-37.

@davonheraff

Sehari sebelum AJL37 Alif belanja semua tenaga kerja AJL , berkat belanja dpt anugerah @Alif Satay | Your Comfort Food

♬ original sound – Danial Jamaludin – Danial Jamaludin

“Sehari sebelum AJL37 Alif belanja semua tenaga kerja AJL, berkat belanja dapat Anugerah,” tulis pemilik akaun bernama davonheraff tersebut yang turut menarik perhatian apabila team AJL37 juga dilihat seronok. Alif Satar dalam rakaman tersebut membuat pengumuman di hadapan ramai dan tindakannya itu membuatkan dia menjadi perbualan di media sosial apatah lagi keesokan hari pula, dia menang anugerah.

Sponsored

Selain sikap bagus Alif Satar menjadi perbualan diruangan komen, nampaknya kasut yang dipakai oleh penyanyi ini juga dibualkan segelintir peminat yang tertarik dengan meninggalkan beberapa komen.

‘Harga kasut lagi mahal dari makanan tu semua, korang rilek je’

Sponsored

‘Patutlah dia menang malam, 1 hari sebelum AJL dia belanja semua untuk makan. Alhamdulillah rezeki Alif yang tak disangka’

‘Murah rezeki Alif’