Ramai Patah Hati Khairul Aming Dah Berpunya, Tuan Badan Nafi Sedang Dilamun Cinta

Sponsored

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform Tik Tok memaparkan pempengaruh terkenal Khairul Aming bersama seorang wanita. Gelagat mereka yang sedang berbual mesra itu dirakamkan di sebuah kafe minuman dan ramai yang mendakwa mereka merupakan pasangan kekasih.

Video yang tular itu kemudian meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui Khairul Aming sudah berpunya. Malah ramai juga yang ‘broken’ dan sedih sekiranya wanita di dalam video tersebut adalah kekasih kepada Khairul Aming.

Sponsored
@63emiz

Episode 23 : abe @Khairulaming

♬ Kecundang by Masdo – Sofea Yaya

Penjelasan dari Khairul Aming

Sedar namanya kini menjadi bualan ramai, Khairul Aming pantas memberikan penjelasan mengenai video yang tular itu. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter, pemilik kepada Sambal Nyet ini menafikan wanita tersebut adalah kekasih hatinya dan dia kini sedang dilamun cinta.

Menurutnya, dia dihampiri wanita tersebut yang memintanya mendengar lagu nyanyian Afghan untuk dijadikan latar belakang kepada video di Tik Tok. Namun Khairul Aming memberitahu wanita itu dia tidak tahu mengenai lagu tersebut dan dalam masa yang sama gelagat mereka dirakamkan kawan kepada wanita tersebut.

Sponsored

“Aduh jauh twist ni, aku kat starbucks lah beli air, adik ni datang “bang cuba abang dengar lagu afghan ni boleh tak kita buat tik tok lagu ni.” Me: “Alamak saya tak hafal lagu ni.” Pastu kawan dia record dari belakang hahaha.”

Penjelasan dari Khairul Aming ini turut membuatkan kebanyakan netizen meluahkan rasa lega memandangkan statusnya yang masih lagi solo. Malah ada juga yang terhibur apabila pempengaruh terkenal itu terpaksa menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan salah faham.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.