Baru-baru ini, siapakah yang membawa lagu berjudul Berakhirlah Pencarianku yang mana lagu nyanyian asal Hafiz Suip dan Ernie Zakri di pentas peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) begitu menjadi tumpuan ramai apabila dua penyanyi tersebut tidak akan membawa lagu itu.
Namun begitu, Berakhirlah Pencarianku diumumkan bahawa dua penyanyi iaitu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq yang akan mendendangkan lagu terbabit di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 yang sudahpun berlangsung baru-baru ini.
Ternyata nyanyian mereka berjaya mencuri tumpuan tidak hanya penonton di kaca televisyen malah di media sosial pada hari ini, dua penyanyi berkenaan menerima pelbagai komen oleh warganet yang mana ada yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat mendengar duet penyanyi asal namun ada juga yang tetap berpuas hati dengan suara dua gandingan, Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq.
Peminat kecewa bukan Ernie Zakri & Hafiz Suip
Meskipun kecewa bukanlah Ernie Zakri dan Hafiz Suip membawa lagu tersebut di separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) namun rakaman video mereka ini ternyata berjaya memukau pendengar di media sosial.
Suara duet dikomen ramai
Video pendek nyanyian kedua-dua penyanyi berkenaan bagaimanapun menerima pujian ramai apabila ada yang berpuas hati dengan suara Wani Kayrie mahupun penyanyi lelaki tersebut yang dikatakan juga mempunyai persamaan dengan Hafiz Suip.
‘Macam tengok Big Stage nyanyi’

‘Tengok live tadi suara diorang ada aura tersendiri’

‘Vokal pun okay, takdak kelaut’

‘Kesian penyanyi kena kutuk padahal bukan diorang…’
