AJL 37 Milik Aina Abdul, Rangkul Juara Dan Vokal Terbaik!

Sponsored

Persembahan Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) dengan lagu Terus Hidup membawa tuah buat penyanyi berbakat besar ini. Pada malam acara berlangsung, Aina Abdul membawa pulang Anugerah Juara Lagu 37 dan Anugerah Vokal Terbaik.

Buat yang menyaksikan secara langsung ramai yang akui persembahan Aina Abdul memang membuatkan mereka terpukau. Dengan hiasan pentas, busana, solekan dan secara keseluruhannya memang terbaik sekali.

Sponsored

Tidak pernah ‘lari’ dari konsep unik bila memilih pakaian, penampilan Aina Abdul di pentas AJL 37 kali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminatnya. Satu konsep yang cukup sesuai dengan lagu Terus Hidup.

Menariknya lagu Terus Hidup ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul dan penyanyi ini membawa pulang wang tunai RM100,000 untuk juara dan RM12,000 untuk Anugerah Vokal Terbaik.

Sponsored

Untuk info, busana yang dipakai oleh Aina Abdul ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal iaitu Melinda Looir dan penata gayanya, Abu Shaefhamza.

Di ruangan komen Instagram Aina Abdul, ramai rakan selebriti dan netizen ‘berkampung’ dengan rata-ratanya mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa kagum menyaksikan kejayaan sekali lagi penyanyi hebat ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Bila hiburan macam ni la, macam tengok grammy or brits award walaupun tahap asia. Masing2 ada cara tapi Aina da macam Siti Nurhaliza dulu…”

“Terima kasih Kak Aina Abdul memang feeling..Well done..”

“Memorable. Epic. Juara lagu 37…”

“Seriusly first time I tunggu sampai habis..Nak nanges! Aina happy for you”