Ali Puteh sangkal dakwaan jiran, minta individu itu tampil dengan bukti kukuh

Sponsored

Baru-baru ini nama pelawak, Ali Puteh kembali jadi bualan hangat warganet. Kemelut dengan balu Allahyarham Abam, Hidayah masih belum selesai dan umum sedia tahu Ali Puteh perlu melangsaikan wang tuntutan sebanyak RM60,000 atas arahan mahkamah.

Hidayah dan Ali Puteh saling berbalas video kenyataan sebelum ini menjadikan kisah kemelut mereka kembali menjadi perhatian ramai. Jumaat lalu Hidayah memuat naik video yang mengatakan selama sejam dia dan peguamnya tunggu di luar rumah peninggalan Arwah suaminya, namun tiada orang buka pintu.

Sponsored

Ali Puteh pula mendakwa yang dia dan keluarganya tidak dimaklumkan kedatangan Hidayah. Malah katanya pada waktu itu dia tiada di rumah dan mereka keluar bekerja.

Ali Puteh sangkal dakwaan

Bagaimanapun, ada pula individu meninggalkan komen di satu muat naik mengakui dia adalah jiran Ali Puteh. Individu itu mendakwa Ali Puteh ada di dalam rumah sewaktu Hidayah dan peguamnya itu datang.

Sponsored

Terbaharu memetik laporan Gempak, Ali Puteh sangkal dakwaan jiran tersebut yang dia berada di dalam rumah pada waktu itu. Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut berkata dakwaan individu itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

‘Jiran’ diminta tampil dengan bukti kukuh

Selain dari itu, Ali juga meminta individu berkenaan untuk tampil mengemukakan bukti kukuh sekiranya benar dirinya berada di rumah semasa kunjungan Hidayah tersebut.

Sponsored

“Fitnah makin besar dan makin besar sekarag. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” ujar Ali Puteh.

Ali tidak tinggal di rumah itu

Dalam pada itu Ali turut memberitahu yang dia tidak tinggal di rumah tersebut dan adiknya tinggal di kediaman itu buat sementara waktu hingga kes tuntutan faraid selesai. Malah Ali turut pertikaikan individu yang mengaku sebagai jirannya itu meninggalkan komen menggunakan akaun palsu.

“Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ? Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai face account untuk beri komen,” kata pelawak ini lagi.