Amelia Henderson Tegaskan Tak Terlibat Babak Kontroversi Dalam ‘Pulau’, “Orang Kena Tengok Dulu…”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini filem tempatan berjudul Pulau telah menjadi perhatian ramai. Kritikan terhadap trailer filem Pulau dikatakan agak kurang sesuai untuk tontonan di Malaysia kerana pakaian dan beberapa babak ‘panas’.

Malah dek kerana beberapa babak panas itu juga menyebabkan para pelakon filem berkenaan terpaksa bersuara dan menjelaskan keadaan sebenar. Antara pelakon yang sudah pun menjelaskan mengenainya adalah Alif Satar dan Ikmal Amry.

Sponsored

Amelia Henderson hanya fokus pada wataknya sahaja

Terbaharu Amelia Henderson pula menjelaskan mengenai karakternya dalam filem Pulau ini. Memetik laporan Harian Metro, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson menegaskan yang dia tidak terbabit dengan babak kontroversi dalam filem berkenaan.

Malah Amelia Henderson meminta orang ramai untuk menonton dahulu filem arahan Euho tersebut sebelum mengkritik dan membuat andaian bukan-bukan.

Sponsored

“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” kata Amelia Henderson tegaskan mengenai karakternya dalam filem berkenaan.

Selain dari itu dia turut ditanya mengenai babak-babak yang menjadi kritikan ramai, kata Amelia Henderson tegaskan yang dia hanya fokus dengan jalan cerita wataknya sahaja supaya boleh menjiwai sepenuhnya.

Sponsored

Penerbit ada perancangan bawa Pulau ke pasaran luar

Malah dalam satu laporan berbeza, penerbit filem ini iaitu Fred Chong berkata tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Malah dia turut menyangkal dakwaan menjual adegan panas dalam filem berkenaan demi menarik penonton.

“Hasrat kami hanyalah mempromosikan keindahan pulau di Malaysia dan tidak berniat ‘menjual’ adegan panas seperti dakwaan ramai.

“Kami ada perancangan membawa Pulau ke pasaran luar. Ini dapat membantu mempromosikan tempat menarik di Malaysia.” Jelasnya.