Perwatakan nampak serius, tegas namun mempunyai aura tersendiri menyebabkan dua nama pelakon bertubuh tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan Zul Ariffin tidak semena-mena menjadi bualan warganet sejak kelmarin.
Hal ini kerana, penampilan dan kemunculan Sharnaaz Ahmad menyebabkan ia lebih menjadi perhatian ramai apatah lagi peminatnya selepas ramai menggambarkan dia adalah Mafia di Malaysia sehinggakan dia hangat diperkatakan ramai apabila video dirinya juga dalam pada masa sama disunting.
Sharnaaz Ahmad digelar Mafia Malaysia
Walau bagaimanapun, buat kaki drama Turki, tentu cukup familiar dengan perwatakan Mafia yang tidak sekadar disukai kerana auranya malah penampilannya yang nampak tegas juga mengundang rasa minat ramai. Jadi perwatakan tersebut turut dilihat dalam diri pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad.
Ternyata bukan hanya Sharnaaz Ahmad diberi gelaran Mafia Malaysia malah pelakon drama popular dengan perwatakan serius iaitu Zul Ariffin juga nampaknya menjadi sebutan peminat di media sosial sebagai seorang pelakon Malaysia yang sesuai juga membawa watak sebagai Mafia.
Perkongsian terbabit mendapat perhatian ramai dengan turut ditinggalkan pelbagai reaksi pujian terhadap kekacakan kedua-dua pelakon tersebut.
‘Perhh king of mafia in Malaysia’

‘Ni baru betul-betul Mafia, gaya tu takley nak kata apa la memang kena’

‘Sharnaaz, Zul Ariffin, Ammar Alfian, bergabung buat movie Mafia macam movie Tukri, mesti best’


‘Smart dia, lelaki payah nak puji lelaki… stylo’

