Anna Jobling Berang Difitnah Sombong Dan Garang, “Dah Tahu Garang Baik Diam”

Sponsored

Pelakon yang cukup terkenal dengan karakter Melur dalam drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling menjadi perhatian ramai baru-baru ini. Pelakon jelita yang juga cukup sepadan berlakon di samping Meerqeen ini telah menjadi mangsa fitnah oleh seorang pengguna media sosial.

Berang difitnah orang tak kenal Anna

Dalam satu ciapan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter oleh pelakon jelita ini, Anna Jobling berang bila dirinya difitnah dan membuat kenyataan seperti berikut:

Sponsored

“Dah tahu garang, baik diam. Get a life. At least I don’t go around spreading fitnah about people I tak kenal”

Dalam kenyataan itu, Anna menegur tindakan seorang pengguna Twitter yang memfitnah pelakon jelita ini dengan mengatakan yang dia garang dan sombong.

Sponsored

Berikut adalah muat naik balas Anna Jobling itu terhadap pemilik akaun yang memfitnah dirinya itu:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan Anna Jobling yang berang difitnah dan menegur dari pengguna Twitter yang meluahkan kata-kata tidak enak berkenaan. Malah ada yang mendedahkan individu berkenaan berselindung di sebalik akaun palsu.

Sponsored

Netizen kata jangan layan

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Tak payah layan baby tu haters yang berani pakai fake accounts”

“Dia lapar perhatian dari Ana…Sedap sebar fitnah”

“Dia minta job tuh sama Anna. Sebab tak de job la tu maka dia buat fitnah je..Apoo haters bodoh tu simpan sikit boleh tak? Iiii tak malu ke? Jangan tunjuk bodoh tu banyak2”

“Sekali sekala kena garang jugak..baru orang tau langit tu biru ke kelabu kan Anna”