“Baju paling cantik”- Kecantikan Aina Abdul lagi viral, dipuji macam ‘awan’

Sponsored

Kelmarin penyanyi, Aina Abdul membuatkan ramai terpukau dengan penampilannya di sebuah konsert. Umum diketahui, Aina Abdul seperti biasa akan sentiasa muncul dalam persembahan atau di majlis-majlis hiburan dengan penampilan yang pasti cukup menyerlah dan ternyata sekali lagi dia berjaya memukau warganet dengan gayanya.

Aina Abdul dalam satu hantaran di Instagram membuatkan dirinya memukau peminat dan rakan selebriti apabila dia tampil dengan busana cukup menarik perhatian sehingga dia tular dan menjadi sorotan ramai di media sosial.

Sponsored

Meskipun begitu, terbaharu Aina Abdul nampaknya dirinya sekali lagi menjadi ‘buah mulut’ peminat dan warganet selepas dia memuat naik outfit kedua dalam sebuah konsert yang mana dia menyanyi bersama Khai Bahar. Tidak sekadar outfit serba putih digayakan Aina Abdul sahaja yang menjadi bualan ramai.

Ini kerana kecantikan Aina Abdul juga membuatkan ramai memberikan pujian terhadapnya yang pandai memilih busana yang menyerlahkan lagi kecantikannya itu dan mungkin sebelum ini, outfit Aina Abdul sering dipuji dan mendapat perhatian namun kali ini busananya itu pula dikatakan paling cantik.

Sponsored

Kecantikan Aina Abdul dipuji ramai

Aina Abdul selepas berkongsikan beberapa keping foto dan memuat naik rakaman video dia mengayakan busana tersebut menerima pujian ramai diruangan komen sehingga sekali lagi juga tular di media sosial.

Sponsored

‘Cantiknya outfit’

‘Haaa outfit ni i sukeee’

‘Cantik outfit dan mekap’

Aina Abdul