Semalam tular di media sosial video memaparkan penyanyi veteran ND Lala yang dilihat beraya di kediaman Kazar Saisi. Malah ramai juga yang terkejut melihat penyanyi itu di situ selepas sekian lama dia menghilangkan diri susulan kontroversi pernikahan keduanya bersama seorang wanita muda.
Sebelum ini juga, Syada Amzah mendedahkan mereka sekeluarga tidak tahu di mana keberadaan bapa mereka dan tidak dapat menghubunginya. Walaupun terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran bapa, Syada berkongsikan momennya beraya bersama ibu tercinta di Instagram.
Di dalam perkongsian di Instagram, Syada dan Datin Fauziah dilihat berpakaian busana raya dengan warna sedondon tahun ini. Mereka juga dilihat bersalaman raya di dalam kereta sahaja di mana ibunya kemudian tidak dapat menahan emosinya dan mengalirkan air mata sebelum ditenangkan oleh Syada.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Syada memaklumkan dia berasa sebak dan mengaku Hari Raya Aidilfitri kali ini terasa berbeza dengan ketiadaan bapanya. Lebih membuatkan dia sebak, ibunya juga hanya mampu melihat keluarga lain beraya bersama keluarga dan pasangan masing-masing.
“Dia (ibu) layan je I beraya, ikut je apa I nak makan. Tapi I kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Patah hati saya (tengok).”
Kontroversi rumah tangga ND Lala dan isterinya menjadi perhatian apabila Datin Fauziah memuat naik gambar seorang wanita di Instagramnya. Dia juga memperkenalkan wanita tersebut sebagai isteri kepada ND Lala sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya.
Lebih mengejutkan, wanita yang dimaksudkan sebagai isteri kedua ND Lala itu merupakan kawan sekolah kepada Shila Amzah. Malah Shila mendedahkan wanita tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarganya dan sering berkunjung ke rumahnya sebelum ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.