Bekas isteri kepada pempengaruh Tik Tok, View Chin memberikan peringatan kepada para ‘influencer’ lain untuk menjaga tingkah laku mereka di luar sana. Di dalam perkongsian itu, Ah Moi memberitahu ramai kaum lelaki yang menyelar tindakannya mendedahkan bukti kecurangan bekas suami di media sosial.
Namun dia menegaskan dia melakukan pendedahan itu bagi melindungi haknya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya. Ah Moi turut menasihatkan golongan ‘influencer’ untuk menjaga perangai mereka kerana bimbang akan ‘disondol’ oleh orang ketiga gara-gara ‘berduit’.
“Usahawan dan influencer yang famous di luar sekarang, jaga-jaga perangai korang eh. Ada duit ada penyondol je, kalau apa pun takde, apa lagi.”
Netizen beri sokongan
Perkongsian itu turut menerima sokongan dari rata-rata netizen yang bersetuju dengan tindakannya mendedahkan kecurangan bekas suaminya itu. Malah netizen turut mencadangkan Ah Moi membuka perniagaannya sendiri kerana pasti akan menerima sokongan dari orang ramai terutamanya kaum wanita.
Terdahulu, Ah Moi mendedahkan di media sosial bukti kecurangan bekas suaminya bersama pekerja mereka, Mira. Bukan itu sahaja, Ah Moi turut berkongsikan mesej perbualan di antara View Chin dan Mira yang pernah bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia.
Selepas sekian lama mendiamkan diri, Mira baru-baru ini akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ah Moi dan anak-anaknya. Namun Mira menegaskan hubungannya bersama View Chin hanya bermula selepas Ah Moi dan View Chin telah sah bercerai.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.