Bella Astillah Dedah Ada Aktress Akui Tersuka Suaminya, “Miss Called Sampai 7-8 Kali Hari-Hari…”

Sponsored

Kisah rumahtangga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Aliff Aziz sekali lagi ‘bertiup kencang’. Bella Astillah yang kini sedang berada dalam sebuah rancangan hiburan keluarga, Famili Duo mendedahkan ada wanita yang juga dikenali sebagai pelakon cuba untuk mendekati suaminya.

Baru-baru ini Bella Astillah ada memuat di Insta Stories miliknya yang menyatakan sindiran wanita suka ‘cuba’ suami orang. Menjelaskan mengenai kenyataan itu, Bella akui ianya ditujukan kepada pelakon wanita yang kini sedang membintangi drama bersama Aliff.

Sponsored

Selain dari itu Bella juga akui risau kejadian lama berulang kembali dan trauma dengan apa yang pernah dilalui sebelum ini.

“Alhamdulillah Aliff banyak berubah selepas kami rujuk semula. Dia buat comeback, shooting dengan heroin lain tak ada masalah. Cuma baru-baru ini ada masalah. Jadi kat situ bagi amaran, of course kita tanya suami juga lah”

Sponsored

Miss called sampai 7-8 kali

Tambahnya lagi, Bella akui tidak senang dengan perlakuan aktress tersebut yang cuba menghubungi Aliff berkali-kali tanpa sebab.

“Tapi bila kita tengok hari-hari ada miss called sampai 7-8 kali. Mula-mula tak tahu nombor siapa…Tapi akhirnya dah tahu. Saya jadi cukup marah, sebelum ini saya pernah berlakon dengan suami orang, Zamarul Hisyam, to be honest tak pernah berhubung secara langsung dengannya.”

Sponsored

Malah Bella akui dia tidak nampak ada sebab mengapa aktress berkenaan perlu cuba menghubungi suaminya itu berkali-kali.

“Sekali mungkin boleh faham, tapi kalau banyak kali memang dah tak nampak sebabnya.”

Berikut adalah perkongsian penuh Bella Astillah dedah aktres cuba dekati Aliff Aziz ini:

@xtra_my

Alamak. Pelakon wanita mana yang cuba nak try Aliff Aziz ni? 😠 Berani mati call suami orang sampai 7, 8 kali, siap mengaku suka suami orang 🥵 Jom dengar cerita Bella Astillah. #fyp #xtramy #familiduotv3 #bellaastillah #aliffaziz #komen #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Aktress berkenaan akui tersuka suami Bella…

Lebih tidak sangka apabila pelakon wanita tersebut akui tersuka Aliff tanpa sengaja dan turut hubungi Bella untuk berkawan dengannya.

“Dia minta maaf dan dia kata dia bodoh serta tersuka suami saya. Dia whatsap saya kata nak jadi kawan saya. Saya kata no..Saya risau kerana ramai yang berani memberitahu ya..Saya rasa oh sungguh kecilnya aku yang orang kata tidak hormat..

“Lepas ni kalau shooting lagi, kalau bujang you go ahead. Tak de siapa yang marah. Macam Aliff pun dia dah explain dekat Bella. Kami berbincang baik-baik…”

Reaksi warganet

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai Bella Astillah dedah yang dilaluinya itu seperti berikut:

“Bella ni wife yang sangat baik ya. Susah jumpa macam ni. Yang positif je pada suami lepas apa yang dah jadi”

“Jangan bertepuk dua belah tangan..Sebelah tak pa tak bunyi”

“Bagi penjelasan pun still lembut”

“Lock passport dalam peti besi”