Netizen Kritik Mas Idayu Tidak Mahu Komen Persembahan Peserta, “Tak Pro Langsung”

Sponsored

Pada Ahad malam, berlangsungnya rancangan realiti TV berjudul Famili Duo yang mencetuskan pelbagai kontroversi minggu lalu. Dari komen pedas juri, gelagat pengacara dan sebagainya menjadi buah mulut warganet dan rakan selebriti.

Kali ini pasangan peserta Naim Daniel dan Sissy Imann kembali bangkit dari emosi minggu lalu dengan mengadakan persembahan berkonsepkan ‘fun’. Episod terbaharu ini pasangan sepupu tersebut menyanyikan semula lagu berjudul Pening nyanyian asal Datuk M.Daud Kilau dan Ezlynn.

Sponsored

Minggu ini dilihat Sissy Imann mengenakan rambut palsu ‘blonde’ dan memainkan watak sebagai hakim. Manakala Naim Daniel mengenakan karakter banduan dengan konsepnya tersendiri.

Buat yang terlepas berikut adalah petikan perkongsian persembahan pasangan peserta Naim Daniel dan Sissy Imann ini:

Sponsored

Bagaimanapun difahamkan salah seorang juri rancangan ini, Mas Idayu bertindak tidak mahu memberikan komen persembahan peserta tersebut. Disebabkan itu warganet kritik cara Mas Idayu ini yang dikatakan tidak profesional.

Manakan tidak susulan apa yang terjadi minggu lalu, Mas Idayu tidak mahu komen peserta berkenaan. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkara tersebut seperti berikut:

Sponsored

“Bagus Ajai memuji konsep persembahan Sissy dan Naim dari awal hingga kini yang konsisten..”

“Nampak Naim terutama Sissy tak pandang langsung Mas Idayu. Sissy pun tak jawab jugak soalan Janna”

“Bagus tak mintak komen dari mas idayu tu. Dia masih dengan perangai dia. Ini bukan tentang pasal terasa hati ini tentang cara dia tu komen juri lain di Malaysia banyak lagi yang elok”

“Apa punya juri nak komen nak kena dimintak. Tak mintak tak nak komen. Tak pro langsung”