Umum sedia tahu hari ini konflik rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kembali hangat selepas persetujuan dicapai untuk berpisah secara baik sebelum ini terbatal.
Pagi ini dalam prosedur Sulh di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan, Puteri Sarah memberitahu Syamsul Yusof membatalkan keputusan untuk lafazkan cerai terhadapnya.
Disebabkan itu, Syamsul Yusof tampil dengan satu video menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya dan sebab mengapa tidak menceraikan Puteri Sarah.
Bagaimanapun, terbaharu Puteri Sarah membalas kenyataan Syamsul Yusof lewat petang tadi menerusi luahan di Instagram Stories miliknya.
Kes Nusyuz, Sarah ada bukti
Menurut Puteri Sarah, berkenaan kes nusyuz dia memiliki bukti Syamsul dan Ira dari sebelum bernikah dan boleh dijadikan kes berkenaan lebih teruk.
Tambahnya lagi Puteri Sarah minta nafkah tertunggak RM500k dan dia hanya minta bayaran ansuran setahun RM100k.
Puteri Sarah tak tuntut harta sepencarian
Menurut Puteri Sarah dia juga ada berbincang dengan ibu mertuanya mengenai nilai mutaah dan nafkah tertunggak itu adalah jumlah yang berpatutan.
Puteri Sarah turut akui tidak menuntut satu sen pun harta sepencarian dan dia turut meminta Syamsul menjual kereta untuk membayar nafkah tersebut.
Selain itu Puteri Sarah turut mendedahkan sekali lagi nombor telefonnya disekat oleh Syamsul Yusof apabila cuba untuk berbincang perihal berbangkit itu.
Kes keluarga Kazar, Puteri Sarah nekad teruskan
Turut diluahkan Puteri Sarah apabila dua akui dirinya bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi apa yang diminta adalah keterlaluan. Malah Puteri Sarah turut tekad untuk teruskan kes terhadap keluarga Kazar kerana menganggap mereka keterlaluan.
“Bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi janganlah dah bagi betis nak peha.”