Maryam DurianKimchi Nyanyi Lagu Korea Dipuji, Ramai Setuju Suaranya Boleh Layan!

Sponsored

Sebelum ini nama Maryam dari saluran Youtube DurianKimchi sering sahaja mencuri perhatian ramai. Merupakan gadis Korea yang berkahwin dengan jejaka Melayu, keluarga kecil Youtuber ini memiliki peminat mereka sendiri.

Terbaharu Maryam DurianKimchi nyanyi lagu Korea telah menjadi bualan hangat ramai. Buat pertama kalinya Maryam menyanyikan semula lagu Korea dengan serius membuatkan ramai tak sangka wanita ini memiliki bakat dalam bidang nyanyian.

Sponsored

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Uyounik, Maryam dilihat lengkap berhijab menyanyi dengan penuh perasaan. Apatah lagi lagu yang dinyanyikannya itu sungguh mendayu-dayu bunyinya.

Berikut adalah rakaman dengan paparan Maryam DurianKimchi nyanyi lagu Korea yang dikongsikan menerusi akaun TikTok milik suri hati Ryzal Ibrahim dan telah meraih perhatian ramai itu:

Sponsored
@uyounik

@Dayang Nurkiyah 님에게 회신

♬ 그날처럼 – JANG DEOK CHEOL

Boleh tahan juga suara nyanyian Maryam ini. Pertama kali lihat Maryam serius menyanyikan lagu sedih macam ini, siapa sangka berbakat juga dalam bidang nyanyian! Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 20 ribu likes.

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju suara Maryam menyanyi ini boleh tahan merdu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di komen perkongsian tersebut:

Sponsored

“Powernya kak nyanyi lagu Korea. Pronounciation hanguk akak sangat tepat”

“Suara awak.. Awak patut jadi penyanyi”

“Bukan kaleng2 sedapnya suara Maryam”

“bila cakap suara lain. bila nyanyi lain”

SumberTikTok