Didakwa tersasul panggil ‘Yang’, gelagat Shila Amzah & Ubai jadi tumpuan ramai

Sponsored

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor, Shila Amzah tentu ramai yang mengenali dirinya yang merupakan salah seorang anak seni yang mempunyai suara padu sehinggakan namanya juga tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia muzik.

Shila Amzah bagaimanapun sejak akhir-akhir ini menjadi tumpuan di media sosial apabila gelagat sporting sering berkomunikasi dengan peminat dan warganet menerusi video live di media sosial miliknya sendiri.

Sponsored

Rakaman tular jadi bualan peminat

Pun begitu, nampaknya Shila Amzah terbaharu hangat diperkatakan ramai selepas gelagat dia dan seorang selebriti media sosial dikenali sebagai Ubai membuatkan ramai tertanya-tanya tentang hubungan mereka. Ini kerana tularnya satu rakaman pendek yang memaparkan Shila Amzah terpanggil Ubai dengan singkatan panggilan sayang, ‘Yang’.

Sponsored

Telatan spontan Shila Amzah terhadap Ubai menarik perhatian ramai peminat sehinggakan video pendek ini ditonton jutaan kali. Shila Amzah yang duduk disebelah selebriti media sosial itu bagaimanapun dikatakan cuba cover semula selepas kantoi.

Perkongsian tersebut bagaimanapun membuatkan warganet juga sudah dapat agak tentang hubungan mereka yang dikatakan ada ‘apa-apa’. Meskipun begitu, tiada kenyataan rasmi daripada Shila Amzah tentang kejadian tersebut antara dirinya dengan selebriti media sosial berkenaan.

Sponsored

‘Diorang comel kot nampak Shila selesa dengan dia’

‘Ehh dah aku pulak yang sengih sorang kenapa hahaha tapi suka la…

‘Suka gila diorang dua ni’

‘Ubai senyum je dengar…’