Ibu Syamsul Yusof Tak Restu Pernikahan Dengan Ira Kazar, “Saya Tak Redha & Tak Terima..”

Sponsored

Video pengakuan Syamsul Yusof sudah bernikah dengan Ira Kazar telah membuatkan ramai terkejut dan kecoh di sosial media. Malah pengakuan Syamsul Yusof tersebut juga telah meniupkan ‘angin lebih kencang’ mengenai kemelut rumahtangga pengarah filem Mat Kilau ini.

Selain dari itu isterinya, Puteri Sarah turut memuat naik satu video menjelaskan dan menjawab segala tuduhan suaminya itu. Perkongsian itu bukan sahaja meraih sokongan rakan selebriti dan peminatnya, malah ibu mertua Puteri Sarah turut meninggalkan komen di Instagram Puteri Sarah tersebut.

Sponsored

Dalam satu komen yang ditinggalkan ibu Syamsul Yusof yang juga ibu mertua Puteri Sarah, Datin Fatimah Ismail menulis seperti berikut:

“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya”.

Sponsored

Berikut adalah tinggalan komen yang ditulis ibu mertua Puteri Sarah di muat naik oleh menantu kesayangannya itu:

Memetik laporan Berita Harian, Datin Patimah turut memberikan reaksi selepas pendedahan mengenai pernikahan kedua Syamsul Yusof yang tidak mendapat restu orang tua pengarah tersohor itu.

Sponsored

“Syamsul jangan munafik”, ini reaksi Datin Patimah bila mendapat tahu mengenai pengakuan anaknya, Syamsul sudah bernikah di Thailand.

Tambahnya lagi Datin Patimah tahu semua masalah dan konflik dalaman rumahtangga yang ditimbulkan Syamsul sebelum semuanya tular di media sosial. Malah isteri kepada Yusof Haslam ini juga akui tidak restu akan pernikahan kedua tersebut.

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Sebelum ini, tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” ujar ibu Syamsul Yusof.