Melalui drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang kini sedang menjalani penggambaran di Sabah, kemesraan antara pelakon Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peminat.
Berdasarkan laporan Harian Metro, melalui satu video yang diungkapkan di TikTok oleh Sophia, netizen telah mengeluarkan rasa bimbang dan risau dengan tingkah laku mesra yang dipaparkan dan khuatir ia akan menyebabkan masalah besar.
Dalam video tersebut, Aliff dilihat membelai rambut Sophia sementara aktres itu memandang tepat ke wajah suami kepada penyanyi Bella Astillah itu
Ada juga yang berseloroh mengatakan bahaya kerana pasangan tersebut sangat sedondon.
Walau bagaimanapun, banyak yang memuji pasangan pelakon ini sesuai satu sama lain dan tidak sabar untuk menonton drama yang arahan Osman Ali itu.