Cantik Tapi Pelik! Ramai Yang Risau Melihat Wanita Ini Pakai Celak Arab

Sponsored

Social media selalu membuatkan kita terhibur dan memberikan pengetahuan baru kepada kita setiap hari. Hari ini, kita dapat melihat tutorial solek tentang penggunaan celak “tradisional” oleh pempengaruh Sofea Shra, @sfeashraa.

Beliau terkenal dengan gaya hijab yang simple dan menarik yang sering menjadi perhatian orang ramai. Kali ini, percubaannya menggunakan celak “tradisional” ini agak merisaukan ramai orang.

Sponsored
@sfeashraa

susah ye sebenarnya nak pakai benda ni hahaha #kohlmalaysia #kohl

♬ original sound – Sofea Shra – Sofea Shra

Celak yang dia gunakan adalah celak Ithmid, yaitu celak yang sering digunakan oleh orang Arab. Alat solek ini sangat menarik kerana terdapat dalam bekas kecil yang disertai dengan besi halus yang digunakan untuk menghasilkan solek celak.

Dalam video itu, dia menyatakan kegembiraannya untuk mencuba alat solek tersebut. Ia hanya kecil saja dibandingkan dengan apa yang dia bayangkan.

Sponsored

Saat dia mulai menggunakan alat itu, semuanya terkejut. Cara menggunakannya adalah dengan menggosok besi kecil itu di antara kelopak mata untuk menghasilkan garisan cantik di ‘water line‘ mata.

Katanya, alatan itu agak sukar untuk digunakan tetapi cukup menarik dan mempunyai kebaikan tersendiri. Selain itu, produk itu disarankan untuk digunakan sebelum tidur.

Sponsored

Sofea menyatakan dalam video itu bahawa ia tidak menyakitkan walaupun kelihatan agak “menyakitkan”. Katanya dia merasa agak gatal-gatal semasa menggunakan alatan itu.

Apabila dilihat di ruangan komen, sudah tentu ramai yang memberikan pelbagai reaksi. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa penggunaan alat itu agak “menyeramkan”.

Namun, ada juga segelintir komen yang menyatakan kebaikan menggunakan celak ini. Ia bagus untuk membantu masalah rabun.

Sumbersfeashraa