“Minta maaf, kami tidak bercinta dan tidak akan bercinta,” Nuha Bahrin

Sponsored

Buat pendengar dan peminat lagu berjudul Casablanca tentu tidak asing lagi dengan nama penyanyi duet, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Penangan lagu tersebut berjaya membuatkan nama mereka tidak hanya mendapat perhatian di Malaysia malah di Indonesia juga mereka mempunyai ramai peminat.

Walau bagaimanapun, penyanyi duet ini menafikan tentang hubungan istimewa mereka iaitu kekasih selepas dilihat akrab. Nuha Bahrin sudah menganggap hubungan mereka tidak lebih sebagai adik-beradik dan begitu juga dirasai oleh Naufal Bahrin.

Sponsored

“Tidak. Kami macam adik-beradik sebenarnya. Tidak lebih daripada itu. Memang ada peminat yang mahu melihat kami bercinta tapi saya minta maaf, kami tidak bercinta dan tidak akan bercinta,” ujarnya yang tidak menafikan ada peminat yang mahu melihat mereka bercinta.

Dalam pada itu, baik Nuha Bahrin atau Naufal Azrin masih lagi berstatus solo dan selain daripada kerjaya nyanyian, mereka juga tidak mahu memberikan fokus kepada perkara lain (cinta).

Sponsored

Menerusi Kosmo juga, Naufal berkata mereka berkerja secara professional. Malah ketika luar waktu berkerja pula, penyanyi duet popular ini tidak pernah keluar berdua. “Kami professional. Keluar berdua pun kami tidak pernah.”

SumberKosmo