Amelia Henderson Dekah Teruk ‘Bersembang’ Dengan Zizan Razak, “Ame Pulak Sejenis Cepat Terhibur”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini program Youtube, Studio Sembang dengan Amelia Henderson sebagai pengacaranya menjadi perhatian ramai. Episod Studio Sembang dengan Janna Nick sebagai tetamu menjadi buah mulut selepas selebriti itu berkongsikan pendapatnya tentang ‘work life balance’.

Terbaharu satu rakaman di sebalik tabir dengan paparan Zizan Razak hadir sebagai tetamu jemputan dalam program Youtube itu membuatkan ramai tertarik. Baru sahaja di balik tabir namun nampaknya Amelia dekah teruk ‘bersembang’ dengan Zizan Razak.

Sponsored

Antara perbualan yang dipaparkan dalam video itu berbunyi seperti berikut:

“I tunggu je you jemput I. I yang offer diri sebagai tetamu jemputan. Kadang-kadang isu yang diaorang borak, alahai best betul

Sponsored

“I sempat borak dengan Firaun … You tanya je..kalau tak best cut je. Laju you bercakap. Kalau you masuk F1..

“Boleh CGI tak? I kadang-kadang pelik dah tahu rumah hantu tapi, ‘anybody home?'”, kata Zizan dan turut kedengaran Amelia Henderson tertawa dengar cerita pelawak tersebut.

Sponsored

Berikut adalah rakaman dengan paparan Amelia Henderson dekah teruk ‘bersembang’ dengan Zizan Razak ini:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut terhibur melihatkan gelagat Zizan Razak yang kelakar. Malah reaksi Amelia Henderson yang lebih banyak tertawa dari bercakap melayan karenah Zizan Razak itu turut menjadi perhatian warganet.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian itu:

“Kena kena..Ame pulak sejenis yang cepat terhibur”

“Bestnya jemput Zizan tengok muka pun dah kelakar belum buka mulut”

“Sape sangka Zizan pernah berborak dengan Firaun”

“Podcast pun nak cgi susah ah”

SumberTikTok