“Nanti kena bantai lagi”- Shaza Bae kongsi video keluar dengan Nadhir, video curi tumpuan ramai

Sponsored

Buat peminat drama tempatan tentu sudah cukup familiar dengan dua pelakon ini apabila Shaza Bae dan Nadhir Nasar mengundang gandingannya dalam drama berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta berjaya menjadi sorotan ramai di media sosial sehinggakan nama kedua pelakon ini hangat diperkatakan ramai ketika drama tersebut masih bersiaran.

Meskipun sudah tamat, pelakon Shaza Bae dan Nadhir Nasar berjaya melonjakkan nama mereka dalam dunia lakonan apabila watak dilakonkan dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta berjaya meninggalkan kesan buat penonton. Shaza Bae sebagai Safiana iaitu isteri kepada Erfhan lakonan Nadhir Nasar yang mana dia sebagai suami yang panas baran dan kuat cemburu sehingga sanggup memukul dan memarahi Safiana.

Sponsored

Pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta jadi perhatian

Walau bagaimanapun, terbaharu perkongsian klip video pendek Shaza Bae mengundang ramai peminat drama Nusyuz Berkiblat Cinta ‘hadir’ di hantarannya menerusi akaun TikTok yang mana memaparkan dia keluar dengan pelakon tersebut. “Keluar dengan ex husband jap,” tulisnya pula dalam klip video ini.

Sponsored

Muatnaik Shaza Bae beserta kapsyen, “Dalam drama je okay, chill,” ini membuatkan peminat mereka juga sempat mengusik yang mana jika mereka ‘betul-betul’ juga disokong peminat. Manakala menerusi video, Shaza Bae merakam video yang kelihatan disebelahnya ada Nadhir.

@shazabae

dalam drama je okay, chill. 😂 #fyp

♬ original sound – sped up sounds

Dalam pada itu, memandangkan Nadhir Nasar pula antara pelakon lelaki kesukaan ramai membuatkan peminatnya turut berseloroh dengan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

‘Ceyy comeback drama baru please…’

Shaza Bae

‘Akak tau tak dia husband para-para fans wanita dia’

Shaza Bae

‘Jaga-jaga nanti kena sepak lagi’

‘Nanti pass kat saya…’

Sumbershazabae