“Kena Cekik Takde Nak Melalak Pun”, Netizen Puji Lakonan Nadiya Nisa Kena ‘Belasah’ Fezrul Khan

Sponsored

Bakat berlakon yang ada pada seseorang itu hanya boleh dinilai jika lakonan menjadi dan situasi nampak sangat sama seperti sebenar. Itulah yang paling disukai oleh penonton hari ini.

Di Malaysia sahaja ramai pelakon berbakat besar yang diminati ramai. Bukan sekadar ‘menjual’ muka kacak atau cantik, namun bakat lakonan turut penting untuk menjadi seseorang itu memiliki pakej lengkap.

Sponsored

Baru-baru ini satu perkongsian video di balik tabir lakonan telah dimuat naik menerusi akaun TikTok pelakon wanita, Nadiya Nisa telah menjadi bualan hangat warganet. Kelihatan Nadiya Nisa berlakon bersama Fezrul Khan dalam satu babak yang membuatkan ramai teruja menyaksikannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang membuatkan netizen puji lakonan Nadiya Nisa kena ‘belasah’ Fezrul Khan ini:

Sponsored

Dalam rakaman itu terlihat Nadiya Nisa ‘dibelasah’ Fezrul Khan dan nampaknya lakonan mereka nampak macam betul membuatkan ramai kagum dengan kedua-dua pelakon ini.

Difahamkan dua pelakon ini berlakon untuk cerita berjudul Bukan Syurga Pilihan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen puji lakonan Nadiya Nisa dan Fezrul Khan ini. Berikut antara pendapat ramai yang ditinggalkan itu:

Sponsored

“Suka tengok abang Fezrul Khan berlakon…Kalau jahat, jahat betul. Salah seorang pelakon senior yang very talented”

“Alor sweetnya part last tu..So gentleman”

“Aduhai time marah macam kena rasuk. Tapi part last tu tersentuh hati”

“Haa ini baru ya pelakon hebat dan berbakat. Kena cekik takde nak melalak pun. Lakonan Nadiya Nisa memang always terbaik”