Netizen Dedah Komen ‘Menakutkan’ Di IG Uqasha Senrose, “Kes Syok Sendiri Rasanya Ni”

Sponsored

Insiden yang terjadi kepada pelakon, Kamal Adli di Singapura telah menggemparkan seluruh Malaysia apabila isterinya, Uqasha Senrose memberitahu suaminya itu telah dipukul selepas berakhirnya ekspo di negara jiran tersebut.

Turut dikongsikan senjata yang digunakan oleh individu terbabit dan Uqasha sendiri mendedahkan si pelaku sudah pun ditahan pihak polis Singapura.

Sponsored

Terbaharu, Mahkamah Singapura telah menetapkan suspek untuk direman selama 2 minggu dan menjalani ujian psikatari. Dilaporkan suspek adalah pemuda berusia 33 tahun dan jika disabitkan kesalahan lelaki itu akan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, rotan atau kedua-duanya sekali.

Malah mangsa, Kamal Adli baru-baru ini turut mengesahkan akan keadaannya yang baik-baik sahaja dan meminta orang ramai supaya tidak bertelagah.

Sponsored

Banyak komen ‘menakutkan di IG ditinggalkan

Bagaimanapun, terbaharu seorang pengguna Tiktok dedah komen menakutkan di IG Uqasha Senrose mengenai dua individu yang agak meragukan. Manakan tidak dalam komen-komen lama yang ditinggalkan itu seakan individu tersebut ada perasaan pada pelakon jelita berkenaan.

Malah ada juga komen yang menyatakan rasa tidak puas hati apabila akhirnya Uqasha Senrose bakal berkahwin dengan Kamal Adli pada ketika itu.

Sponsored
@insyirahroslxx

I’m not really a big fan of them. But look, I found this on uqasha’s instagram comment sections, all those men are creepy 😥 @kamaladli86 @@mstarmsia @pdrmsia_official #kamaladli

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet meluahkan turut berasa bimbang dengan pasangan pelakon ini. Berikut antaranya:

“Sebab tu adalah lebih baik kita simpan gambar mesra, video semua. Sebab ada je orang2 yang iri hati. Simpan kebahagian. Tak payah tunjuk pun”

“Weh takutnya, sampai macam tu sekali. Tapikan haritu Uqasha cakap dia period sebulan dan 2x gugur tu. Takut ada benda sebalik tu”

“Kes syok sendiri rasanya ni. Syok kat artis tapi tak de peluang nak luahkan. Artis plak dah ada pasangan..Lagi sakit jadinya”

“Takutnya ramai yang tak sihat dalam diam kat luar tu”

SumberTikTok