Nampak Semakin Kurus, Hael Husaini Dedah Berat Badan Hanya Seberat Tiga Kampit Beras

Sponsored

Penyanyi Hael Husaini mengakui dia dalam keadaan yang sihat walaupun kelihatan semakin kurus berbanding dahulu. Baru-baru ini, ramai yang menegur perubahan fizikal penyanyi dan komposer ini yang semakin mengecil dan kurus sehinggakan ada yang meluahkan rasa bimbang dengan kesihatan Hael.

Jelas penyanyi itu, penampilannya sekarang memang semakin kurus namun apa yang paling utama ialah kesihatannya dalam keadaan yang baik sahaja. Malah Hael turut berkongsikan mengenai berat badan terkininya yang menjadi bualan ramai.

Sponsored

“Berat saya sekarang berapa kilogram, rasanya tiga kampit beras ni (kira-kira 30 kilogram). Tapi, berbanding berat dulu dan sekarang, ia lebih kurang saja.”

Tambah Hael, ada banyak perkara yang perlu dijaga dalam pemakanannya dan dia sendiri mengehadkan pengambilan makanan atas faktor kesihatan. Ujarnya, dia juga di dalam proses untuk sembuh kerana kurang sihat dan perlu menjaga dari segi kesihatan dan pemakanan.

Sponsored

Perlu berehat panjang

Dalam masa yang sama, Hael memberitahu dia diminta untuk berehat panjang dan tidak terlibat dengan mana-mana konsert atas saranan doktor. Oleh kerana itu lah, dia terpaksa membatalkan konsert Hael Husaini Live in KL yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari lalu walaupun 70 peratus persiapan sudah berjalan.

Hael turut menafikan pembatalan konsert itu adalah kerana jualan tiket yang tidak laris sebaliknya ia adalah persetujuan bersama pihak pengurusan selepas ianya dua kali ditunda. Namun Hael tetap berharap dia dapat merealisasikan konsert tersebut dalam tahun ini juga.

Sponsored

“Apapun, suatu hari nanti tiba masanya saya yakin pasti konsert solo saya dapat diadakan. Sebabnya, saya mempunyai impian tinggi, tapi biarlah perlahan-lahan untuk mencapainya dan cuba membuat yang terbaik.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.