Netizen Puji Aeril Zafrel Tegur Pasal Aurat, Wawa Zainal Terkedu Masa Live

Sponsored

Pasangan sama cantik dan padan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah kedua-dua pelakon ini juga rajin berniaga membina empayar mereka.

Biarpun begitu, terbaharu gelagat pasangan ini ketika bersiaran langsung menjual produk mereka di satu platform media sosial telah meraih perhatian ramai. Manakan tidak, dalam rakaman siaran langsung yang dimuat naik semula itu dipaparkan Wawa Zainal terkedu ditegur Aeril Zafrel.

Sponsored

Dalam rakaman yang disiarkan semula itu, kelihatan Wawa Zainal sedang mempromosikan produk sambil menunjukkannya. Namun pergelangan tangan Wawa terdedah sedikit. Ini membuatkan Aeril Zafrel menegur isterinya itu mengenai aurat.

Berikut adalah perkongsian rakaman Wawa Zainal terkedu ditegur mengenai aurat oleh suaminya itu:

Sponsored
@kakmid8803

Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je jaga air muka isteri.. #wawazainalcosmetics #jdtpialamalaysia2022

♬ original sound – Mieda – Mieda

Kedengaran suara Aeril Zafrel yang menegur perkara tersebut dengan katanya seperti berikut:

“Nampak bah tanganmu…Kita ini berniaga jangan tunjuk aurat..”

Sponsored

Perkongsian semula rakaman ini oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun Kakmid8803 telah meraih jutaan tontonan. Malah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Aeril Zafrel yang menegur aurat isterinya itu.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Walaupun deep tapi percayalah untuk kebaikan kita”

“Hihi suka tengok dorang ni sweet”

“Deep tu dia nak pesan kat orang2 lain jugak…Hehe”

“Best je dia tegur..Tegur tanpa kecik kan hati..Sambil tegur..Sambil bergurau kan..”

Sumber: TikTok Kakmid8803 dan Instagram Aeril Zafrel