Ramai yang sedia maklum pelawak Shuib kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama wanita dikenali sebagai Watie. Malah pelawak itu juga memaklumkan tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga bersama usahawan itu pada tahun ini.
Baru-baru ini pula, ibu kepada Shuib ada memuat naik videonya bersama Watie di platform Tik Tok. Namun apa yang menjadi bualan ramai ialah penampilan sopan Watie yang dilihat mengenakan tudung bawal yang dilabuhkan berbeza dari penampilan biasanya.
Sebelum ini, penampilan Watie sering kali menjadi bualan netizen sehinggakan ada yang mengecam wanita itu kerana mengenakan pakaian yang ketat. Malah ada juga yang membandingkan penampilan Watie dengan arwah Siti Sarah iaitu isteri kepada Shuib.
Penampilan sopan Watie di dalam video ini kemudiannya dipuji netizen apabila wanita itu tidak lagi mengenakan pakaian yang ketat. Susulan komen yang ditinggalkan ini, ibu Shuib turut tampil membalas komen netizen mengenai penampilan teman wanita anaknya ini.
“Orang yang baru berhijab, tak boleh lah nak dihakimi serta merta. Kena lah didik perlahan-lahan, tak gitu.”
Tampil membalas komen, ibu Shuib meminta orang ramai untuk memberi masa kepada Watie untuk berubah menjadi lebih baik. Jelasnya, Watie baru sahaja mengenakan hijab dan tidak wajar untuk menghakimi wanita itu serta merta gara-gara penampilannya itu.
Terdahulu, Shuib mengakui mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Watie pada pertengahan tahun ini. Pelawak itu turut memberitahu dia berasa lega apabila pilihan hatinya ini direstui oleh ibunya dan juga disenangi oleh anak-anaknya termasuklah anak bongsunya, Ayash Affan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.