Watie Hanifiah Seronok Melihat Gelagat Anak-Anak Shuib, Ramai Akui Suara Sama Macam Arwah Siti Sarah

Sponsored

Usahawan yang kini rapat dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dikenali sebagai Watie ini sering menjadi perhatian ramai. Sejak namanya dikaitkan dengan selebriti itu, apa saja mengenai Watie menjadi tumpuan warganet.

Terbaharu satu video yang memaparkan Watie sedang menyaksikan rakaman gelagat anak-anak Shuib telah menjadi perhatian ramai.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut Watie atau nama penuhnya Watie Hanifiah seronok melihat gelagat anak-anak lelaki pelawak, Shuib iaitu Uwais Alqarni dan Ariq Matin yang sedang bermain lato-lato.

Kedengaran dalam rakaman tersebut Watie akui dirinya terjebak dengan permainan yang sedang tular itu selepas diajari oleh anak-anak Shuib tersebut. Berikut adalah muat naik video Watie Hanifiah seronok melihat gelagat anak-anak itu yang telah dikongsikan oleh satu akaun TikTok baru-baru ini:

Sponsored

Di awalnya Watie kelihatan agak tidak pasti bilakah berlangsungnya apa yang terjadi dalam rakaman tersebut. Namun setelah beberapa ketika barulah dia ingat masa itu dia belajar main lato-lato dengan dua hero tersebut.

Menyedarinya, Watie terus berkongsikan dirinya bermain permainan tersebut. Dengan bangganya, Watie memberitahu anak-anak yang ajar.

Sponsored

“Aunty pun terjebak sama, anak-anak ajar,” kata Watie.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji gaya Watie yang mesra dengan anak-anak Shuib dan melayan seperti anaknya sendiri. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Betul la orang kata tak kenal maka tak cinta. Admit before ni kurang minat dia tapi sejak hari ini tengok cara dia cakap she so sweet dan adorable”

“Bila dia cakap anak2 ajar, ok lulus cepat kawen dengan Shuib”

“Suaranya macam suara arwah ke I sorang je dengar”

“Love sangat Watie ni. Dia baik dengan anak2 arwah. Semoga baik2 je buat Watie dan Shuib”

SumberTikTok