Ernie Zakri adalah salah seorang peserta finalis di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang dinantikan oleh penonton dan peminat acara gilang-gemilang ini. Memiliki vokal yang cukup padu, Ernie Zakri sekali lagi membuatkan penonton terpukau dengan kemagisan suaranya.
Kali ini Ernie Zakri ke pentas AJL 37 dengan membawakan lagu berjudul Korban ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi ini sendiri. Tampil di pentas AJL 37 kembalinya figura ini selepas tidak dapat melakukan persembahan tahun lalu kerana berada dalam pantang, kali ini Ernie Zakri mengenakan busana berkonsepkan kelopak bunga mawar cukup anggun sekali.
Bukan hanya pakaian Ernie Zakri meraih perhatian ramai, sudah tentu vokalnya juga menjadi bualan hangat warganet. Cukup puas mendengarkan suara Ernie Zakri dalam ‘comeback’ penyanyi ini di pentas Anugerah Juara Lagu.
Hanya persembahan ringkas, namun alunan suaranya cukup membuai perasaan! Berikut adalah petikan pesembahan dengan busana dan vokal Ernie Zakri di pentas AJL 37 cukup mencuri perhatian ramai:
Menerusi perkongsian Ernie Zakri di Instagram, busana yang dipakai oleh penyanyi ini adalah rekaan Amaze dan penata gayanya adalah Nazrul Anas Zunaidi atau lebih dikenali dengan nama nazlivingastyle.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kemunculan Ernie Zakri di pentas AJL 37 dengan gaya cukup unik dan cantik. Malah ramai juga yang memuji kehebatan vokal Ernie Zakri ini. Berikut antaranya:
“Kenapa sampai camni sekali ya..Tak de untuk pakaian terbaik pun kan..Macam2 la AJL tahun ni”
“Cantik n sedap gila Ernie nyanyi. Baju pun letops sesuai dengan performance nyanyian tadi..Attitude pada pakaian dan nyanyian berjalan seiring..Goosebumps dengar…”
“Comel la baju Erni vocal goosebumps”
“Wow Ernie! Last note tu memang climax gila! Tak tau la f5 ke g5 ke b5 ke”