Peguam ulas video dakwaan penemuan garam di luar rumah, Ali Puteh boleh disaman

Sponsored

Masih mendapat perhatian umum, kemelut yang melanda balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah dan bekas adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh kembali menjadi bualan ramai.

Jumaat lalu kecoh di sosial media apabila Siti Norhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dayah telah memuat naik video dirinya dan peguam di luar rumah peninggalan Allahyarham suaminya.

Sponsored

Namun selepas kepulangannya, Ali Puteh mula memuat naik satu video dakwaan menemui taburan garam dan pelbagai barangan lain yang dikatakan untuk kerja khurafat.

Perkara yang didakwa oleh Ali Puteh itu mendapat perhatian peguam Nor Zabetha Muhamad Nor yang mengulas mengenainya dari aspek perundangan.

Sponsored

Pandangan peguam mengenai video dakwaan penemuan…

Dalam tulisan di akaun Facebook, peguam ulas video Ali Puteh ini menulis seperti berikut:

“Dalam video itu, cukup sekali lagi elemen-elemen bagi tuntutan saman fitnah iaitu terdapat tuduhan fitnah yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang difitnah (bermakna kita tahu siapa yang dia rujuk itu) dan disampaikan pada pihak ketiga atau umum.

Sponsored

Dalam tulisannya itu, peguam ini mendakwa Ali Puteh sudah pernah melalui proses disaman di mahkamah dan dia tahu mengenainya.

“Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana Mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan fitnah itu. Dia pasti tahu elemen fitnah itu apa kerana telah sendiri melalui proses soal balas di mahkamah sewaktu perbicaraan.”

Kesilapan sama berulang kali

Peguam ini turut pelik bagaimana Ali Puteh boleh buat kesilapan yang sama berulang kali. Malah video yang dimuat naik oleh Ali Puteh itu biarpun dipadam namun ianya telah dikongsikan oleh orang ramai.

“Kenapalah dibuat kesilapan itu berulang-ulang kali. Kan menjerat diri. Perbuatan fitnah ini, boleh dituntut mengikut jumlah kenyataan fitnah.

Kalau pernah disaman dan mahkamah mengarahkan membayar bukanlah satu tiket tidak disaman lagi. Setiap kali keluar kenyataan, setiap kali itulah boleh disaman. Video dimuatnaik telah dirakamkan dan dipadamkan tetapi telah dikongsikan oleh orang ramai.”

Pengalaman wakili anak guam

Sempat juga peguam ulas video Ali Puteh ini turut berkongsikan pegalamannya mewakili anak guam dalam kes hampir sama sebegini.

“Pernah sekali dulu saya mewakili kes anak guam di mahkamah. Antara hujah yang digunakan adalah status yang dimuat naik tersebut, tidak mendapat reaksi yang ramai. Oleh itu, pembacanya tidak ramai dan memandangkan kedua-dua pihak terlibat bukanlah ‘public figure’. Oleh yang demikian, kesannya tidak cukup kuat dan ganti rugi sepatutnya tidak tinggi.

Nasihat kepada orang ramai

Nasihatnya supaya fikir dulu sebelum buat sesuatu perkara dan adalah lebih baik berbincang dahulu.

“Tetapi mahkamah berpendapat “Di zaman media sosial ini, apa sahaja yang dimuatnaik dalam media sosial adalah dianggap boleh dibaca orang ramai. Bermakna sekali menekan butang muatnaik atau share, adalah dianggap ditularkan dan disampaikan ke pihak ketiga untuk ditularkan”.

“Kalau hendak buat sesuatu perkara. Pikir dahulu. Ada perkara elok berbincang sesama sendiri dan bukan dimuatnaik di media sosial dahulu.”