Kemunculan Wani Kyrie dalam Famili Duo bergandingan dengan Bella Astillah telah mendapat perhatian ramai. Siapa sangka rupanya dua selebriti ini adalah sepupu dan layak untuk menyertai rancangan realiti TV unik ini.
Setelah beberapa minggu, pasangan peserta ini membuktikan mereka sememangnya ada bakat sebagai penghibur. Baru-baru ini kemunculan mereka dengan mempersembahkan lagu I Will Survive telah menerima pujian ramai.
Macam model bedak batu nyonya
Bagaimanapun penampilan Wani Kyrie pada malam tersebut telah menjadi ‘bahan’ di sosial media apabila ada pengguna Twitter meluahkan pendapatnya. Menurut individu tersebut penampilan Wani Kyrie pada malam itu seakan sama dengan model di bahagian depan bungkusan bedak batu nyonya senget.
Berikut adalah luahan pendapat individu berkenaan yang mengatakan penampilan Wani Kyrie macam wanita bedak batu nyonya senget tersebut:
“Aku rasa Wani Kyrie punya look malam ni comel macam Bedak Batu Nyonya Senget kan”
Wani Kayrie turut kongsikan semula
Disebabkan itu, perkongsian penampilan Wani Kyrie dikatakan macam model bedak nyonya ini turut mendapat perhatian penyanyi kecil molek itu sendiri. Wani turut memuat naik semula menerusi akaun Instagram miliknya. Berikut adalah muat naik tersebut:
Netizen kata sama!
Di ruangan komen perkongsian dengan paparan penampilan Wani Kyrie dikatakan macam bedak nyonya ini, rata-rata rakan selebriti dan warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
“Lejen tu dik”
“Founder rupanya”
“Aah betul..Masa Wani perform semalam terus cakap dengan suami eh! Muka dia macam bedak nyonya dulu2 la..Sebijik bethol”
“Bedak legend..Rupanya dia la ni..Hahaha”